Thursday, 18 December 2014

kayu hoki


PENGENALAN KAYU HOKI
Bahagian-Bahagian Kayu Hoki.
Bagi mengenali hoki, kita perlu tahu bahagian yang tedapat pada kayu hoki. Ada tiga bahagian yang terdapat pada kayu hoki iaitu:
1. Bagi semua kemahiran, tangan kiri memegang BAHAGIAN 1 kayu hoki.
2. Untuk memukul, tangan kiri dan tangan kanan memegang BAHAGIAN 1 kayu hoki.
3. Untuk kemahiran seperti menolak, mengelecek dan menguis bola, tangan kanan memegang
BAHAGIAN 2 kayu hoki.
4. Untuk melakukan pukulan secara pantas, kedua-dua belah tangan memegang BAHAGIAN 2
kayu hoki.
5. Untuk menahan bola, tangan kanan memegang bahagian di antara 2 dan 3 kayu hoki.



Kayu Hoki
1.Permukaan rata di belah kiri sahaja. Bahagian untuk bermain ialah seluruh permukaan rata kayu dan sepanjng bahagian pemegang di atas dan sepanjang bahagian pemegang di atas permukaan rata tersebut.

2.Belakang kayu ialah baki keseluruhan kayu.

3.Hulu kayu, iaitu bahagian lebih bawah daripada tempat penyambung (splice), mesti berbentuk melengkung, dibuat daripada kayu, tumpul (rounded edges) dan tidak berlubang, berlekuk atau sebarang tambahan. Bahagian hulu yang melengkung boleh mempunyai panjang maksimum 100mm bila diukur secara tegak dari bahagian bawah permukaan rata kayu dan selari kepada pemegang.

4.Baki bahagian kayu tidak boleh mengandungi logam atau sebarang bahan logam.

5.Kecuali ulu kayu yang melengkung, lain-lain bahagian hendaklah lurus. Bila diletak mendatar di atas permukaan yang rata, lengkungan kayu itudengan permukaan yang berkenaan tidak boleh berjarak melebihi 20mm.

6.Berat maksimum 737 gram

7.Pita (tape) dan damar boeh disapu pada kayu untuk mencegah kehausan dengan syarat permukannya tetap licin.

8.Saiz kayu, termasuk sebarang bulatan, mesti bleh menembusialat gelang yang mempunyai garis pusat dalaman 51mm. Kayu hoki telah mempunyai bentuk tradisional dan bentuk ini dikekalkan. Kayu hoki yang melengkung sehingga 2 sentimeter sama ada dari hujung permukaan kayu ataupun hulunya diluluskan. Walau bagaimana pun, pengenalan bentuk-bentuk baru yang ekstrim tidak dibenarkan. Lemabaga Peraturan-Peeraturan Hoki akan sentiasa memantau prestasi kayu-kayu yang dibuat daripada bahan-bahan tradisonal dan bukan tradisional dan akan menghadkan dan/atau mengharamkan penggunaan kayu-kayu jenis tersebut sekiranya penggunaan kayu-kayu itu menyebabkan perubahan kpada ciri-ciri permainan atau meningkatkan paras bahaya kepada para pemain.

*** Perlu ditegaskan bahawa dalam permainan hoki, hanya bahagian muka rata sahaja boleh digunakan. Menggunakan bahagian lengkung kayu untuk menahan atau memukul bola tidak dibenarkan di sisi undangundang dan ia boleh dipersalahkan dalam permainan.

No comments:

Post a Comment