Namun
begitu, ia tidak popular seperti bola sepak, badminton atau sepak
takraw, khasnya di luar bandar, kerana hoki memerlukan padang bermain
yang baik dan alatan bermain yang mahal berbanding dengan bola sepak dan
sepak takraw. Guru dan jurulatih yang berpengalaman juga tidak ramai di
lihat handal yang cukup bermotivasi untuk mempopularkan permainan ini.
Ini adalah merugikan kerana penduduk Malaysia mempunyai bakat untuk
bermain hoki. Mereka mempunyai susuk badan yang sesuai. Walau
bagaimanapun ramai pengkritik berpendapat bahawa badan besar orang
Eropah adalah kelebihan yang nyata, terutamanya dari segi kekuatan.
Sebenarnya hoki bukan sesuatu permainan untuk menguji kekuatan mengikut
saiz badan. Ini kerana ramai pemain hoki yang terkenal di dunia
mempunyai saiz yang lebih kurang sama seperti penduduk Malaysia seperti
Richard Charlesworth dan Australia dan Samiuilah dan Pakistan.
Pasukan
Hoki Malaysia, terutama pasukan lelaki boleh dikatakan telah berjaya di
peringkat antarabangsa. Mereka telah layak menyertai Sukan Olimpik
sejak tahun 1956. Hanya sekali sahaja Malaysia tidak layak menyertai
Sukan Olimpik, iaitu pada tahun 1988 di Seoul. Walau bagaimanapun,
pasukan wanita kurang berjaya, walaupun satu ketika dahulu mereka adalah
yang terbaik di Asia.
No comments:
Post a Comment